Thursday, December 24, 2009

Pelajar FUHA Cemerlang


KUALA LUMPUR – Pelajar Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) cemerlang dalam pertandingan `The 6th International Humanitarian Law Moots Competiton National Rounds (2009)’ di Universiti Malaya pada 12 hingga 13 Disember 2009 baru-baru ini.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini membolehkan pemenang pusingan peringkat kebangsaan (national) akan mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa yang akan diadakan di Hong Kong.

Pertandingan ini berdasarkan situasi permasalahan hak asasi manusia yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court of Justice).

Penyertaan kali ke-dua oleh UDM ini memperlihatkan peningkatan yang membanggakan bagi peserta FUHA, UDM dimana UDM berada pada tempat ke-5 bagi penghujahan lisan dan tempat ke-2 bagi memorials.

Berbanding tahun sebelumnya, 2008 UDM berada pada tempat terakhir dalam penghujahan lisan dan memorials.

Syabas dan tahniah kepada peserta-peserta FUHA yang diketuai oleh En. Mohd Fuad Husaini, Pemangku Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar).

Berita ROSLIZA ABDUL RAZAK UKK

No comments:

Related Posts with Thumbnails