Thursday, December 24, 2009

SIPTAR 2009

Ditulis oleh Kaswadi Yusoff
Ahad, 20 Disember 2009 17:32

KUALA TERENGGANU – Tuan rumah Sukan IPT Pantai Timur 2009 kali ini, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) bangga kerana berjaya menyerlahkan kemeriahan sukan yang pertama kali dianjurkan oleh UDM bermula pada 18 hingga 21 Disember 2009, dalam majlis perasmian semalam.

Majlis perasmian diadakan di Dewan Besar Al-Muktafi Billah Shah dan disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah UDM, YB Dato’ Mokhtar Nong. Turut hadir adalah Prof. Dr. Mohd Afandi Muhammad mewakili Naib Canselor UDM, Dr Saharudin Ismail wakil KPT, En. Nurul Huda@Ariffin Muda, Pendaftar UDM serta Prof. Dato’ Mortaza Mohammad TNC UMK.

Sukan yang berlangsung selama empat hari ini menyaksikan penyertaan sebanyak 13 kontijen yang disertai seramai hampir 1400 orang peserta dan pegawai.

Sebanyak 6 jenis sukan yang dipertandingkan dan keputusan penuh yang diperolehi setakat ini adalah badminton wanita. Keputusan perlawanan adalah seperti di bawah :

SUKAN

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KE EMPAT

Badminton

UIAM

UMT

UDM

KTB






Perlawanan tersebut diadakan di Gimnasium UDM, Kampus KUSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu. Tahniah kepada pemenang.

Berita ROSLIZA ABDUL RAZAK UKK

Gambar UNIT INOVASI DAN MULTIMEDIA PTM

Related Posts with Thumbnails