Wednesday, December 22, 2010

60 Orang Kanak-Kanak Berkhatan sempena Program Himpunan Mahasiswa Komuniti 1 Malaysia

Kijal, Kemaman - Seramai 60 orang kanak-kanak dikhatankan sempena program Himpunan Mahasiswa Komuniti 1 Malaysia di Dun Kijal dan Dun Kemasik, Kemaman Terengganu pada 10-13 Disember 2010.

Sesuai dengan tema program iaitu “Cakna Masyarakat”, acara berkhatan beramai-ramai memberikan peluang kepada anak-anak penduduk dikhatankan secara percuma oleh pakar-pakar perubatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hospital USM, Kubang Kerian dan Universiti Malaysia Kelantan serta dibantu oleh para mahasiswa bidang perubatan dan kejururawatan.

Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang bertempat di Klinik Kesihatan Kijal. Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor UniSZA turut meluangkan masa melawat para peserta yang berkhatan di klinik tersebut.

sumber: disini

Wednesday, November 10, 2010

BENGKEL PENYEMBELIHAN HALAL 2010


KUALA TERENGGANU - Bengkel Penyembelihan Halal 2010 telah dianjurkan oleh Pusat Pengembangan & Khidmat Komuniti, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Fakulti Teknologi Makanan UniSZA, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPVTRG), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Bengkel yang berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2010 ini disertai oleh 39 orang peserta terdiri dari JHEAT dan JPVTRG.

Majlis diisi dengan tiga sesi ceramah dimulakan oleh wakil UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohamad Aziz Haji Taib dengan ceramah bertajuk ‘Kebajikan Haiwan Dalam Penyembelihan Halal’.

Manakala ceramah kedua berkaitan ‘Penyembelihan Halal dan Isu-Isu Semasa Penyembelihan Halal’ telah disampaikan oleh wakil JHEAT, Ustaz Mokhtar Salleh dan Dr. Siti Nurulasyikin Zaiton dari JPVTRG menyampaikan ceramah bertajuk ‘Post Mortem dan Hubungan Dengan Kesihatan Awam’.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses dan konsep pengurusan penyembelihan halal selain menambah pengetahuan serta kemahiran asas dalam penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak.

Ujian praktikal penyembelihan ayam dilakukan di Makmal Pemprosesan Makanan, Fakulti Teknologi Makanan.

Sementara itu praktikal penyembelihan lembu dan kambing dilakukan di Rumah Sembelih Kg. Serating, Merchang dan para peserta dinilai oleh panel dari JHEAT.

Perasmian penutup bengkel dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Mat Zakaria, Dekan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, UniSZA yang turut dihadiri oleh wakil Pesuruhjaya JHEAT, wakil Pengarah Eksekutif MAIDAM, dan wakil pengarah JPVTRG.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menyalurkan maklumat berkaitan konsep dan sains penyembelihan halal, kepentingan penyembelihan halal dalam konteks kesihatan umum veterinar serta teknologi semasa penyembelihan halal di Malaysia.

Disamping itu juga dapat mewujudkan jalinan kerjasama antara UniSZA dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat luar.

sumber dari web UniSZA

Friday, October 29, 2010

Lawatan Akademik UNISSA ke UniSZA


KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima lawatan akademik dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2010.

Lawatan itu diadakan untuk mengetahui perjalanan Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor dan Konvokesyen UniSZA memandangkan UNISSA akan mengadakan konvokesyennya yang pertama.

Ketibaan rombongan UNISSA yang diketuai oleh Timbalan Rektor, Pangeran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah Pangeran Anak Haji Ismail, Dr. Hajah Siti Sara Haji Ahmad dan Nurathirah Salihah Haji Mohd Salleh di UniSZA telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Afandi Muhamad dan staf UniSZA yang lain.

Rombongan seterusnya ke Bilik Persidangan bagi sesi taklimat dan perbincangan mengenai perjalanan majlis konvokesyen oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Ismail Musa.

Selepas sesi tayangan video konvokesyen, rombongan dibawa melihat peralatan-peralatan konvokesyen UniSZA.

Pada sebelah petang pula diadakan satu perbincangan akademik melibatkan wakil UNISSA dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA. Antara yang diperbincangkan ialah mengenai peluang kerjasama yang boleh dilakukan antara kedua-dua belah pihak.

Rombongan juga dibawa melawat sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum berangkat pulang ke Brunei pada keesokan harinya.

sumber:

http://www.unisza.edu.my

Monday, September 20, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Universiti Sultan Zainal Abidin 2010 / 1431H

Sumbangan tabung kebajikan dan perlindungan mahasiswa/wi UniSZA

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyerahkan sumbangan kepada tiga keluarga pelajarnya yang meninggal dunia baru-baru ini.

Sumbangan di bawah tabung kebajikan dan perlindungan mahasiswa/wi UniSZA diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dr. Abdul Manaf Ali pada 1 September 2010.

Sumbangan ini merupakan tambahan kepada perlindungan insuran Etiqa Takaful.

Sebanyak RM 6000 diserahkan kepada isteri Allahyarham Yusri Muhamad, pelajar Pascasiswazah Sarjana Usuluddin yang meninggal kerana sakit dada manakala bapa kepada Allahyarham Norhidayu Mokhtar, pelajar Diploma Pengajian Bank yang meninggal kerana lemas di Pantai Tok Jembal, menerima sumbangan sebanyak RM 5000.

Sementara keluarga Allahyarham Mohd Shirazi Ibrahim, pelajar Ijazah Sarjana Muda bahasa Inggeris yang meninggal kerana kemalangan jalan raya di Banggol Tuan Muda menerima RM 6517.50.

Pada majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat LPU, UniSZA kampus Kota itu turut dihadiri oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Nordin Jusoh dan Timbalan Pendaftar (Pengurusan), Ismail Ahmad.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

Wednesday, September 1, 2010

Thursday, August 26, 2010

Program Santai Puisi Merdeka

KUALA TERENGGANU - Pusat Penataran Ilmu (PPI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program `Santai Puisi Merdeka’ pada 8 Ogos 2010.

Program bertemakan `1 UniSZA Menjana Transformasi’ telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, UniSZA kampus Gong Badak telah dihadiri oleh 300 tetamu terdiri daripada pelajar dan kakitangan UniSZA.

Objektif program ini diadakan ialah untuk membentuk warga UniSZA yang mempunyai semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Seramai 10 orang pemuisi terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti telah mendeklamasi puisi dan sajak kemerdekaan mereka dengan penuh semangat dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Antara yang mencuri tumpuan pada majlis tersebut ialah kesudian Pengarah Pusat Islam, Ustaz Azhar Yaacob menyampaikan sajak bertajuk `Rintihan Rasulullah’.




Program tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu, Dr. Norizan Abdul Ghani.



Sumber berita PUSAT PENATARAN ILMU

Gambar AHMAD SYARAFUDDIN CHE AZIH PTM

Monday, July 19, 2010

MoA UniSZA-INCEIF


KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan The International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) pada 9 Julai 2010 bertempat di Hotel Primula.

MoA ini melibatkan Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian di Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP).

Perjanjian ini membolehkan pihak UniSZA menawarkan lapan kursus Program Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) ke dalam kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian.

Lapan kursus tersebut adalah Ekonomi Islam, Pasaran Modal Islam, Laporan Transaksi Institusi Kewangan, Pengurusan dan Perancangan Harta, Aspek Syariah dalam Perniagaan dan Kewangan, Deposit dan Operasi Kewangan Perbankan Islam, Pasaran dan Institusi Kewangan Islam dan Hukum Syariah Dalam Transaksi Kewangan.

Dengan penawaran kursus-kursus ini, pelajar akan memperolehi dua sijil iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian dan CIFP Bahagian 1.

Ini adalah merupakan nilai tambah kepada graduan Kewangan Islam UniSZA dan diharapkan graduan UniSZA akan lebih berdaya saing berbanding dengan graduan universiti lain.

Kelayakan CIFP Bahagian 1 ini juga membolehkan pelajar mengambil CIFP Bahagian Kedua, yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Ijazah Sarjana.


UniSZA diwakili oleh Naib Canselor, Dato’ Profesor Dr. Alias Daud manakala INCEIF diwakili oleh Dato’ Agil Natt, Presiden INCEIF.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Profesor Dr. Mohd Afandi Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA dan Ketua Program CIFP, Profesor Madya Dr. Shahul Hameed Hj Mohamed Ibrahim.

  • Sumber Berita Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan


Friday, May 7, 2010

Program Cakna Berat/Wellness dan MYHESS 2010



Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 06 May 2010 14:54

KUALA TERENGGANU – Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Pusat Kesihatan Pelajar (PKP), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) menganjurkan Program Cakna Berat/Wellness dan MYHESS 2010 pada 6 Mei 2010 pagi tadi.

Program yang diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UDM Kampus KUSZA bermula dengan acara senamrobik yang disertai oleh kira-kira 100 orang terdiri daripada kakitangan universiti dan dikendalikan oleh Wan Saidi Wan Mohd.

Selain daripada itu, satu ceramah kesihatan bertajuk `Pemakanan Sihat’ telah disampaikan oleh Shuhanim Shukri, Pegawai Zat Makanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu pula, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UDM, Profesor Dr. Abdul Manaf Ali didalam ucapan perasmian berkata, pihak pengurusan universiti sentiasa menyokong penuh penganjuran program-program yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Beliau juga berharap semua kakitangan UDM membuat pemeriksaan kesihatan tahunan dalam menentukan tahap kesihatan mereka.

Seramai 100 peserta mengikuti ujian MYHESS yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu manakala 24 peserta mengikuti program cakna berat.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

Seminar Holistik 2010

Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 29 April 2010 09:15

KUALA TERENGGANU – Pusat Kajian Klinikal & Kualiti Hidup, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menganjurkan satu seminar bertajuk Seminar Penjagaan Kesihatan Holistik 2010 pada 21 April baru-baru ini.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Abdul Manaf Ali mewakili Naib Canselor UDM, Dato’ Profesor Dr. Alias Daud.

Program ini mengandungi tiga siri ceramah dan perbincangan yang melibatkan penceramah-penceramah jemputan dari Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan dan juga seorang pakar psikologi kesihatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada warga UDM tentang penjagaan kesihatan holistik sebagai pengembangan perspektif daripada perubatan konvensional dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan holistik dalam dunia perubatan dan kesihatan masyarakat sejagat.

Sesi dimulakan dengan ceramah bertajuk Enhancing Wellness Through Holistic Medicine yang telah disampaikan oleh Dr. Ramli Abd Ghani selaku Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KKM.

Ceramah kedua yang bertajuk Quality of Life in Healthcare pula telah disampaikan oleh penceramah dari Pengarah, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan iaitu Dr. Azman Abu Bakar.

Seminar ini telah berakhir dengan ceramah bertajuk Health Psychology in Holistic Healthcare yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Hajah Normah Che Din yang merupakan Ketua Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM.

Hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UDM menghadiri seminar ini.

Sementara itu, majlis penutup telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mohd Afandi Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UDM.

Lawatan Profesor Dr. Mohd Ismail Noor


Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 22 April 2010 15:38

KUALA TERENGGANU – Profesor Dr. Mohd Ismail Noor telah mengadakan lawatan sulung ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) kampus Kota pada 14 April 2010.

Beliau merupakan profesor pelawat bagi program Dietetik dan kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketibaan beliau disambut oleh Dekan, Profesor Dr. Ahmad Zubaidi Abd Latif dan kakitangan FPSK.

Profesor Dr. Ahmad Zubaidi memberi pembentangan secara ringkas sejarah FPSK UDM di Bilik Mesyuarat LPU dan beliau juga berharap agar Profesor Dr. Mohd Ismail dapat membantu penambahbaikan program Dietetik yang ditawarkan oleh FPSK.

Profesor Dr. Mohd Ismail juga turut mengadakan pertemuan bersama pelajar-pelajar Dietetik di Makmal Kemahiran Klinikal 2 dan beliau menerangkan secara ringkas berkaitan penubuhan program Dietetik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pada sebelah petang pula, satu ceramah akademik bertajuk `Malaysian Dietary Guideline 2010’ telah disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Ismail bertempat di Dewan Teater.

Seramai 70 orang peserta telah mengikuti ceramah akademik ini yang terdiri daripada wakil setiap Pusat Tanggungjawab UDM, Pegawai Dietetik Hospital Sultanah Nur Zahirah, kakitangan FPSK dan juga pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Dietetik.

Ceramah berkisar panduan pemakanan yang baru dilancarkan pada Persidangan Pemakanan Kebangsaan baru-baru ini.

Hadir sama pada ceramah itu ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FPSK, Profesor Dr. Nordin Simbak.

Tuesday, April 13, 2010

Bengkel Tatatertib & Surcaj 2010








Written by Kaswadi Yusoff
Wednesday, 31 March 2010 12:53

KUALA TERENGGANU – Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) dengan kerjasama Jabatan Pendaftar, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menganjurkan Bengkel Tatatertib dan Surcaj 2010 pada 28-29 Mac lepas.

Bengkel selama dua hari itu berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UDM Kampus KUSZA dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik & Antarabangsa UDM, Prof. Dr. Mohd Afandi Muhamad.

Prof. Madya Abdul Aziz Hussin dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah dijemput sebagai fasilitator bengkel tersebut.

Seramai 87 orang peserta dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan I hadir pada hari pertama dan seramai 105 orang peserta dari Kumpulan Sokongan II & III hadir pada hari kedua bengkel.

Bengkel yang membincangkan Akta Universiti dan kolej Universiti 1971 dan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 diadakan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai akta-akta yang terpakai kepada mereka sebagai kakitangan universiti.

Penekanan perbincangan juga diberikan mengenai jenis-jenis kesalahan, prosedur tindakan tatatertib dan bentuk hukuman yang diperuntukkan di bawah akta tersebut.

Selain dari perbincangan dua hala, para peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berbincang dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dekan FUHA, Noraida Harun.

Berita KASWADI YUSOFF UKK

Gambar KASWADI YUSOFF UKK

UNIT INOVASI & MULTIMEDIA PTM

Sunday, March 7, 2010

Lawatan Pengerusi LPU Sempena Lawatan Ke Kampus2 UDM



KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Dato’ Zolkipli Abdul telah mengadakan lawatan kerja kali pertama ke kampus-kampus UDM pada 27 Februari hingga 1 Mac 2010.

Ketibaan Dato’ Zolkipli yang dilantik pada 16 Januari 2010 menggantikan Dato’ Azlan Hashim pada petang 27 Februari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu telah disambut oleh Naib Canselor (NC), Dato’ Prof. Dr. Alias Daud dan pegawai UDM.

Pada sebelah malam, diadakan satu sesi pembentangan kepada Pengerusi LPU oleh pegawai tertinggi UDM yang dipengerusikan oleh NC bertempat di Bilik Mesyuarat Khas, Villa Danialla Resort, Tok Bali.

Pembentangan dimulakan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Afandi Muhamad diikuti oleh TNC Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.

Turut terlibat semasa pembentangan ini ialah Pendaftar UDM, Nurul Huda Muda, Bendahari UDM, Baharin Salim, Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Nordin Jusoh dan Pemangku Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Dr. Mohd Nordin Abd Rahman.

Selepas itu, sesi pembentangan diteruskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP), Abdul Hadi Ahmad dan diakhiri oleh Pengarah Keselamatan, Rosli Mahadi.

Pada hari kedua, Pengerusi LPU diiringi oleh NC dan pegawai tertinggi UDM telah dibawa ke UDM Kampus Besut untuk melihat perkembangan terkini pembangunan di kawasan tersebut.

Seterusnya rombongan ke Kem Kokurikulum dan Balai Cerap di Merang sebelum bertolak ke Kampus Kota.

Pada malam tersebut, diadakan majlis makan malam yang dihadiri oleh Pengerusi LPU, Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat Tanggungjawab dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel.

Pada hari ketiga, Pengerusi LPU diberikan taklimat mengenai fakulti-fakulti yang berada di Kampus Kota di Bilik Mesyuarat LPU sebelum beliau ke Imperial House.

Beliau dan rombongan seterusnya ke Kampus KUSZA dan mendengar taklimat di Bilik Persidangan. Beliau juga meluangkan masa melawat ke beberapa tempat di sekitar kawasan kampus.

Diharapkan dengan kehadiran Pengerusi LPU yang baru ini, UDM akan terus memacu kejayaan yang lebih gemilang.

Berita&Gambar KASWADI YUSOFF UKK

Sunday, February 28, 2010

Brainstorming Pengurusan Penyelidikan





Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 25 February 2010 11:33

KUALA TERENGGANU – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah mengadakan sesi `Brainstorming Pengurusan Penyelidikan’ pada 17 Februari 2010.

Program yang dijalankan di Primula Beach Hotel itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu penyelidikan khususnya peranan dan tanggungjawab jawatankuasa penyelidikan di peringkat fakulti.

Pengisian program itu dimulakan dengan ceramah bertajuk `Memperkasakan Penyelidikan & Inovasi di UDM” yang disampaikan oleh Dato’ Prof. Dr. Alias Daud diikuti oleh Dr. Mohamed Senawi Mohamed Tamin yang membincangkan mengenai `Pengurusan Penyelidikan UDM’.

Sementara itu Hajjah Shakimah Endut telah membincangkan isu berkaitan dengan `Pengurusan Kewangan Penyelidikan’.

Program tersebut diakhiri dengan perbincangan bertajuk `Pusat Kecemerlangan : Konsep & Peranan’ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.

Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan juga Ketua-ketua Jabatan

.


Sumber Berita & Gambar : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI


Monday, February 22, 2010

Study Visitation to Catering and Dietetic Department at Hospital Kuala Lumpur (HKL) and Serdang Hospital, Sepang.

Written by Pentadbir
Monday, 22 February 2010 08:03




KUALA LUMPUR - Around 28 students of Bachelor Degree in Dietetic programs, semester 2 from University Darul Iman Malaysia (UDM) joined the study visitation to Catering and Dietetic department at Hospital Kuala Lumpur (HKL) and Serdang Hospital in Sepang last week (10-11 February 2010).

12 persons from Dietetic Programs staff under FPSK also following the visitation as to be instructors. They were includes lecturers, sciences officers, food preparation officer and dietitian officers. Actually it is a first study visiting among Dietetic students which they can bailed more experience and knowledge from there.

Further on, the leader under Department of Catering and Dietetic is Tn Hj Ridzoni bin Sulaiman and it is one of the departments in Hospital Kuala Lumpur that provides two main services, which is the provision of normal and therapeutic diets for in-patients and the provision of clinical dietetic care for patients referred by the doctors. There are two kitchens, with one located in the main block of the hospital and the other at the Institute Pediatrics.

The main block kitchen provide diets for the main block and peripheral ward, including institute of urology & Nephrology, Institute of Oncology & Radiotherapy, Institute of Neurology and National Tuberculosis Center whereas the other kitchen provide diets for Institute Pediatric and Maternity Hospital. Catering service mainly serve for in-patients only. This department serves a large number of normal diet and therapeutic to in-patient. Food will be served base on ward diet order, regulation and patients entitlement. Food also provide for all new admission if diet order receive before 6.15 p.m. Diet for Doctor On-Call and night ration also provide base on their entitlement. They also supply and pack enteral formula for those patients who need, as an oral supplement or for tube feeding. But the Catering and Dietetic department at Serdang Hospital was different because they used the outsourcing catering not in-house catering like in HKL caused the Serdang Hospital is a government-funded multi-specialty hospital located in the district of Sepang in the state of Selangor and between earlier user hospital that used this system (outsourcing) since introduced on 1999. This hospital is located near Putrajaya, the Malaysian federal government administrative centre. The location of the hospital borders the South Kajang Valley Expressway (SKVE) to the east and the medical faculty of Universiti Putra Malaysia to the west. It is clearly seen from the North-South Expressway at the Kajang Interchange and the persons who in charged or leader of Catering and Dietetic department in Serdang Hospital is Pn. Rashidah bt Ambak. Serdang Hospital also provides individual plating or tray for each patients and practiced that when food is cooked they were served as soon as possible to each patients refer to the ward diet order and staff who involved at that time
.

Serdang hospital provides the same diet too whether therapeutic or normal diet to their patients but the food or diet preparation was practical and ready to serve to the patients with plating method while HKL only prepared the food in a large amount and never plating them as individually. So, the objectives from this visitation is to provide an overview of the current challenges in the food service industry at hospital to meet the increasing demands, provides the opportunity of career prospect as a dietitian at any hospital or medical centre and also provide update on the latest developments in technology, design layout, facilities, and equipment for large scale catering to ensure safety and quality of foods. It is also can highlight the scientific findings concerning foods, preparation techniques and food service delivery as well as addressing healthy cooking, modified diets for clients at hospitals and medical centre.

In conclusions, this visitation is very interesting which students got a new idea about dietetic worlds at hospital and they also know the career prospect as a Dietitian in any hospital or medical centre that they will go one day soon.

Report by Noor Husna & Noramilin
Pictrue by Fazari Ghazali

Monday, February 15, 2010

Berita Lawatan Kelab Gamel Sari UDM ke Akademi Seni Terengganu (ASENI)

Written by Webmaster
Sunday, 07 February 2010 08:30



KUALA TERENGGANU – Kelab Gamelan Kakitangan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) atau Gamel Sari di bawah kelolaan Pusat Seni Warisan (PSW) telah mengadakan lawatan ke Akademi Seni Terengganu (ASENI) pada 28 Januari 2010.

Rombongan yang diketuai oleh Presiden kelab, Wan Edfrizan Fadly Wan Kamil itu telah disambut oleh Pemangku Pengarah ASENI, Tengku Mohd Ariffin Tengku A. Rahman.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang sejarah permainan gamelan di Terengganu seterusnya dapat menjalin kerjasama dengan penggiat seni gamelan di negeri ini. Rombongan juga diberi penerangan oleh Tengku Mohd Ariffin mengenai alatan dan asal usul gamelan khususnya gamelan Terengganu.

Turut diadakan semasa sesi lawatan ini ialah demonstrasi permainan muzik gamelan oleh ASENI dan ahli kelab juga sempat bertukar pandangan serta mendapatkan tunjuk ajar dari pemuzik gamelan ASENI bagi memantapkan lagi permainan mereka.

Sumber Berita & Gambar RODHIAH YAZID

Bengkel Cemerlang di Universiti



Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 04 February 2010 10:24

SETIU, Terengganu - Bertempat di Pusat Kokurikulum Merang, seramai 40 orang pelajar program Diploma Teknologi Pembuatan & Reka Bentuk Perindustrian telah dipilih mengikuti Bengkel Cemerlang di Universiti yang dianjurkan oleh Persatuan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi & Kelab Teknologi Pembuatan, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi , Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Bengkel ini telah dijalankan pada 28 hingga 30 Januari 2010. Pelbagai aktiviti diadakan dengan bantuan beberapa orang fasilitator yang dilantik oleh pihak fakulti. En. Zawawi Yusof dan Cik Fatimah Ghazali diundang khas untuk membantu dalam mengendalikan aktiviti- aktiviti tertentu.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang kejayaan melalui kekuatan yang ada pada diri sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan membimbing pelajar kaedah pembelajaran lebih berkesan dan memiliki kemahiran untuk menonjolkan kehebatan diri di tempat belajar.

Di samping itu juga, bengkel ini dapat meningkatkan produktiviti para pelajar dan prestasi fakulti selain mengeratkan silaturrahim di kalangan mahasiswa dan pensyarah.

Hadiah dan hamper disampaikan oleh Timbalan Dekan yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Cemerlang di Universiti ini dan majlis diakhiri dengan penyampaian amanat penting oleh Timbalan Dekan kepada pelajar .

Sumber Berita & Gambar MOHD SEBRI BILAL ENDUT FRIT

Sunday, January 31, 2010

Retreat Pengurusan Tertinggi Bersama KPTj

Written by Kaswadi Yusoff
Monday, 01 February 2010 08:47


Kuala Terengganu – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menganjurkan Retreat Pengurusan Tertinggi Bersama Ketua –Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) bermula 23 hingga 25 februari 2010 bertempat di Andaman Ballroom, Felda Residence, Kuala Terengganu.

Retreat ini diuruselia oleh Jabatan Pendaftar bertujuan untuk mendapatkan laporan status UDM dari tahun 2006 hingga 2009, Perancangan strategik bagi tiga (3) tahun akan datang serta penentuan Key Result Area (KRA) dan Key Performance Indicator (KPI) bagi UDM sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bengkel yang turut disertai oleh semua ahli Pengurusan Tertinggi UDM sebagai panel bagi setiap pembentangan berjaya diadakan dengan jayanya dan perasmian penutup disempurnakan oleh Naib Canselor, Dato’ Profesor Dr. Alias bin Daud. Kata beliau,” saya amat berbangga dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh setiap PTj selama retreat ini dijalankan dan berharap semua KPTj dapat menyampaikan hasrat pengurusan kepada staf masing-masing bagi memastikan KPI UDM dapat dicapai terutama yang berkaitan dengan penyelidikan”.

Syabas dan tahniah kepada urusetia retreat yang berjaya menguruselia program dengan lancar dan efektif.

Thursday, January 21, 2010

Pilihanraya MPP 2010




Written by Kaswadi Yusoff
Tuesday, 19 January 2010 12:28

KUALA TERENGGANU – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah mengadakan satu pemilihan memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2009/2010.

Pemilihan MPP UDM sesi 2009/2010 pada tahun ini melibatkan 24 kerusi yang merangkumi 18 kerusi fakulti dan 6 kerusi umum.

Pembuangan undi pemilihan tersebut diadakan pada 14 Januari 2010 bertempat di semua fakulti bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Majlis pengiraan undi bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir jam 8.00 malam di Dewan Besar Al-Muktafi Billah Shah.

Calon Umum telah dimenangi oleh Muhamad Izuddin Mohd Rosli dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) dengan bilangan undi sebanyak 1830, Muhammad Faiz Mohd Razali dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) dengan bilangan undi sebanyak 1515 dan Muhammad Zulkafli dari FKI mendapat 1493 undi.

Sementara itu, Hawa Mardhiyah Ali@Mat Ali dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) menang dengan bilangan undi sebanyak 1491, Abdul Rashid Abdul Manaf dari FKI dengan bilangan undi sebanyak 1356 dan Nurfatehah Azmi dari FPPP dengan bilangan undi sebanyak 1286.

Bagi Calon Fakulti, hanya dua fakulti sahaja yang bertanding iaitu FKI dan FPPP. Muhamad Mustaqim Darus dari FKI menang dengan bilangan undi sebanyak 671 dan Sharifah Nurul Ikhlas Syed Husin dengan bilangan undi sebanyak 539. Manakala FPPP pula dimenangi oleh Mohamad Syarif Saufi dengan bilangan undi sebanyak 487 dan Nurul Suhada Abdullah dengan bilangan undi sebanyak 403.

Tujuh fakulti lain menang tanpa bertanding. Fakulti Informatik (FIT) diwakili oleh Nurol Husna Che Rose dan Nur Shazwani Kamaruddin. Fakulti Undang-undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) diwakili oleh Adam Muhammad Ihsan Mohd Shani dan Nurul Azsikin Johari.

Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) diwakili oleh Norliyana Nor Azli dan Muhammad Naim Ismail. Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB) diwakili oleh Norhayati Saffie dan Ili Aisyah Kadir Mohideen.

Fakulti Teknologi Makanan (FTM) diwakili oleh Mohd Tarmizi Zakaria dan Mohamad Ritzuwan Syde Rosmada. Manakala Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) diwakili oleh Nur Raihanah Mohd Rozaimi dan Fatin Nabila Ahmad Amir.

Berita UMMU SOLEHAH MOHD UKK (Pelatih USM)

Gambar KASWADI YUSOFF UKK

Sunday, January 17, 2010

The Star Education Fair 2010




Written by Kaswadi Yusoff
Sunday, 17 January 2010 14:05


KUALA TERENGGANU – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menyertai pameran `The STAR Education Fair 2010’ pada 09 dan 10 Januari 2010.

Pameran yang diadakan di Dewan Pameran 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 11 pagi hingga 7 petang.

Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang peluang pembelajaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar matrikulasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan kursus pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia dan luar negara.

UDM diwakili oleh lima orang kakitangan terdiri daripada kakitangan Fakulti Informatik (FIT), Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI).

Pameran ini juga disertai oleh empat buah IPTA lain iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga meluangkan masa melawat ke gerai-gerai pada hari kedua pameran.



Berita UMMU SOLEHAH MOHD/rar UKK

Gambar MOHD ROBI NORDIN PPPI

Related Posts with Thumbnails