Thursday, August 26, 2010

Program Santai Puisi Merdeka

KUALA TERENGGANU - Pusat Penataran Ilmu (PPI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program `Santai Puisi Merdeka’ pada 8 Ogos 2010.

Program bertemakan `1 UniSZA Menjana Transformasi’ telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, UniSZA kampus Gong Badak telah dihadiri oleh 300 tetamu terdiri daripada pelajar dan kakitangan UniSZA.

Objektif program ini diadakan ialah untuk membentuk warga UniSZA yang mempunyai semangat patriotik dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

Seramai 10 orang pemuisi terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti telah mendeklamasi puisi dan sajak kemerdekaan mereka dengan penuh semangat dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Antara yang mencuri tumpuan pada majlis tersebut ialah kesudian Pengarah Pusat Islam, Ustaz Azhar Yaacob menyampaikan sajak bertajuk `Rintihan Rasulullah’.




Program tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu, Dr. Norizan Abdul Ghani.



Sumber berita PUSAT PENATARAN ILMU

Gambar AHMAD SYARAFUDDIN CHE AZIH PTM
Related Posts with Thumbnails