Sunday, January 2, 2011

Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN)


KUALA TERENGGANU - Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN) pada 14 Disember 2010 di Bilik Persidangan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.

Roadshow MyREN ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Abdul Manaf Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Roadshow MyREN ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan dan kebaikan kemudahan rangkaian MyREN kepada para pensyarah khususnya dan kakitangan umumnya untuk setiap universiti.

Rangkaian MyREN merupakan satu inisiatif kemudahan rangkaian internet yang disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan kerjasama penyelidikan di antara komuniti penyelidik di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa bersama komuniti penyelidik di Asia Pasifik, Asia Selatan, Eropah dan juga Amerika Syarikat. Rangkaian MyREN ini juga dapat memberikan sokongan yang kuat kepada inisiatif penyelidikan di universiti-universiti awam dan swasta.

MyREN telah beroperasi selepas ia dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Air & Komunikasi, Menteri Sains Teknologi & Inovasi dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 28 Mac 2005.

Pada masa ini, MyREN sudah dipelopori oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Rangkaian MyREN kini meliputi tujuh belas institusi kajian akademik di seluruh Malaysia. MyREN juga mempunyai rangkaian dengan beberapa National Research & Education Network (REN) yang lain di luar negeri termasuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat.

Lima orang penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis (UPM), Prof. Madya Dr. Suhaidi Hassan (UUM), Dr. Abdul Rahim Ahmad (UniTEN), Wan Murdani Wan Mohamad (MDeC) dan Fadhly Hassim (Juniper Networks Malaysia) telah memberikan penerangan dan ucapan pada majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah PTM, Profesor Madya Dr. Mohd Nordin Abd Rahman.

nak tgok gmbr lain, klik sini

Related Posts with Thumbnails