Monday, February 15, 2010

Bengkel Cemerlang di Universiti



Written by Kaswadi Yusoff
Thursday, 04 February 2010 10:24

SETIU, Terengganu - Bertempat di Pusat Kokurikulum Merang, seramai 40 orang pelajar program Diploma Teknologi Pembuatan & Reka Bentuk Perindustrian telah dipilih mengikuti Bengkel Cemerlang di Universiti yang dianjurkan oleh Persatuan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi & Kelab Teknologi Pembuatan, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi , Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Bengkel ini telah dijalankan pada 28 hingga 30 Januari 2010. Pelbagai aktiviti diadakan dengan bantuan beberapa orang fasilitator yang dilantik oleh pihak fakulti. En. Zawawi Yusof dan Cik Fatimah Ghazali diundang khas untuk membantu dalam mengendalikan aktiviti- aktiviti tertentu.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang kejayaan melalui kekuatan yang ada pada diri sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan membimbing pelajar kaedah pembelajaran lebih berkesan dan memiliki kemahiran untuk menonjolkan kehebatan diri di tempat belajar.

Di samping itu juga, bengkel ini dapat meningkatkan produktiviti para pelajar dan prestasi fakulti selain mengeratkan silaturrahim di kalangan mahasiswa dan pensyarah.

Hadiah dan hamper disampaikan oleh Timbalan Dekan yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Cemerlang di Universiti ini dan majlis diakhiri dengan penyampaian amanat penting oleh Timbalan Dekan kepada pelajar .

Sumber Berita & Gambar MOHD SEBRI BILAL ENDUT FRIT

No comments:

Related Posts with Thumbnails