Monday, February 15, 2010

Berita Lawatan Kelab Gamel Sari UDM ke Akademi Seni Terengganu (ASENI)

Written by Webmaster
Sunday, 07 February 2010 08:30



KUALA TERENGGANU – Kelab Gamelan Kakitangan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) atau Gamel Sari di bawah kelolaan Pusat Seni Warisan (PSW) telah mengadakan lawatan ke Akademi Seni Terengganu (ASENI) pada 28 Januari 2010.

Rombongan yang diketuai oleh Presiden kelab, Wan Edfrizan Fadly Wan Kamil itu telah disambut oleh Pemangku Pengarah ASENI, Tengku Mohd Ariffin Tengku A. Rahman.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang sejarah permainan gamelan di Terengganu seterusnya dapat menjalin kerjasama dengan penggiat seni gamelan di negeri ini. Rombongan juga diberi penerangan oleh Tengku Mohd Ariffin mengenai alatan dan asal usul gamelan khususnya gamelan Terengganu.

Turut diadakan semasa sesi lawatan ini ialah demonstrasi permainan muzik gamelan oleh ASENI dan ahli kelab juga sempat bertukar pandangan serta mendapatkan tunjuk ajar dari pemuzik gamelan ASENI bagi memantapkan lagi permainan mereka.

Sumber Berita & Gambar RODHIAH YAZID

Related Posts with Thumbnails