Sunday, January 2, 2011

UniSZA Juara Tenpin Boling Masukit 2010


KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengekalkan takhta juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Masukit di Pusat Boling, KT Bowl Astaka, di sini.

UniSZA dinobatkan juara keseluruhan setelah berjaya mengungguli Kategori Berpasukan dan Kategori Individu Lelaki. Bagi kategori berpasukan UniSZA berjaya menundukkan pencabar terdekatnya iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan jatuhan pin 2,631 berbanding IKBN yang hanya berjaya melakukan jatuhan pin sebanyak 2,488.

Sementara itu, tempat ketiga berpasukan dimiliki pasukan Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 2,469.

Bagi Kategori Lelaki pula, peserta UniSZA, Tengku Adnan Tengku Hussin dinobatkan juara apabila berjaya melakukan jatuhan pin paling tinggi dengan jumlah 732 pin menundukkan pencabar terdekat, Aripin Yong dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 725. Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Sapri Mokhtar dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin sebanyak 722.

Manakala bagi Kategori Wanita peserta IKBN, Tengku Farizan Tuan Nordin mengungguli dengan jatuhan pin sebanyak 608 menewaskan peserta dari UniSZA, Nur Shuhada Mat Sani dengan jatuhan pin 527.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Politeknik Dungun, Pazlina Mat Ali dengan jatuhan pin 502.

sumber disini

No comments:

Related Posts with Thumbnails