Monday, January 31, 2011

Amanat 2011 Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Kandungan Amanat Menteri Pengajian Tinggi:

a) Rejuvenasi Budaya Akademia Sebenar
b) Universiti dan Kesejagatan
c) Pembudayaan Berterusan dan Memartabatkan Kualiti
d) Mengupayakan Penyelidikan dan Inovasi
e) Memimpin Pengantarabangsaan
f ) Memperkasa Kualiti dan Potensi Pelajar
g) Menangani Perubahan Ekosistem Pengajian Tinggi
h) Keseimbangan ke Arah Kesempurnaan Negara Bangsa


Amanat lengkap, sila layari laman Unit Komunikasi Korporat, UniSZA

Bengkel ISO 17025:2005


kuala Terengganu – Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA dibawah Pusat Pengembangan dan Khidmat Komuniti (PPKK) telah menganjurkan Bengkel ISO 17025:2005 bertempat di Permai Inn Hotel pada 28 hingga 29 Disember 2010,

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ISO 17025:2005 yang lebih berkesan.

Bengkel selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dr. Abdul Manaf Ali yang juga merupakan Penyelaras Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA.

Bengkel diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Slot bengkel diisi dengan sesi ceramah, perbincangan dan latihan dalam kumpulan serta perbincangan dua hala antara konsultan dan peserta. Sesi ceramah disampaikan oleh konsultan yang dijemput iaitu Michelle Bernadette Nunis dari QTox Consulting.

Seramai 28 orang peserta terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Dietetik dari Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Fakulti Teknologi Makanan (FTM) dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK).

Menerusi bengkel ini, para peserta lebih memahami keperluan standad ISO 17025:2005 yang akan diterapkan di makmal terutamanya di bawah Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA iaitu Makmal Halal dan Makmal Herba dibawah kelolalaan Pusat Halal Wilayah dan Pusat Penyelidikan Herba dan Bioteknologi.

Akreditasi makmal adalah penting bagi UniSZA untuk mendapat pengiktirafan kepada keputusan analisa sampel yang di hantar ke makmal-makmal adalah mengikut piawaian yang ditentukan.

Sumber Berita PUSAT KECEMERLANGAN ECER-KPT-UniSZA

Gambar UNIT INOVASI & MULTIMEDIA PTM

sumber di sini

Sunday, January 2, 2011

bicara sejenak dari admin blogger unisza-generasi kedua

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
salam sejahtera salam keamanan untuk semua..


alhamdulillah 2010 sudah melabuhkan tirainya dan 2011 menjelma sudah..apa azam dan tekad tahun baru anda?? apa2 yang dihajatkan, moga2 dipermudahkan jalan olehNya dan jangan lupa untuk bersyukur atas setiap rahmat dan kurniaNya..

'Ssghny org2 y b'iman, dan org2 y bhijrah dan bjihad d jln Allah, mrka itulh y mhrpkn rhmt Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang'..

blogger UniSZA sudah menjangkau usia 3tahun rupanya..sedar xsedar masa berlalu begitu cepat..untuk makluman semua, blog ini sebenarnya dicipta oleh sdari Mashitah, yang sekarang ini menyambung pelajaran di Jordan pertengahan tahun 2010. disebabkan beliau sudah meninggalkan UniSZA, dan sudah tentu beliau sangat sibuk dengan perkara2 lain, maka blog pelajar UniSZA ini dipindahkan kepada saya untuk menguruskan.

sebagaimana yang telah dinyatakan awal2 dulu, Blogger UniSZA tidak mewakili UniSZA sebaliknya sebagai medium perantara untuk sama-sama berkongsi hal-hal UniSZA. Pihak kami tidak pernah menerima sebarang bayaran dari mana-mana pihak untuk menubuhkan blog ini . selanjutnya boleh baca disini.

masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikna blog ini lebih menarik dan bermaklumat. sedar dengan kelemahan2 yang ada, namun maafkan saya kerana masih belum berkesempatan untuk mengupdate dan menaiktaraf blog ini. kekangan dari segi ilmu blog dam masa antara puncanya. InsyaAllah ia akan diperbaiki dari sdikit2.

kini saya meniti hari2 terakhir di UniSZA tercinta ini. seorang pensyarah, (usahawan sebenarnya kerana beliau mengajar subjek keusahawanan) pernah menyifatkan UniSZA sebagai masjid kerana ketenangan yang diperolehinya tiap kali datang ke sini..wahh agak bangga juga ya..berbalik kepada point asal, sebagai siswi tahun akhir, saya akan tinggalkan unisza ini dalm beberapa bulan lagi..(waa sedih2..huhu) jadi siapa yang akan menghandlekan blog ini? saya perlukan seorang yang kreatif, (sebab blog ni muram je tanpa pembaharuan kan), seorang yang ikhlas coz tiada bayaran akan diterima sebab ni hanyalah blog suka2, tapi kalau pandai, boleh buat duit sebenarnya).sedikit info, pengunjung blog ni boleh mencecah 1000 orang dlm masa 2bulan (sikit k banyak tu?) dan lagi saya perlukan seorang yang boleh dipercayai untuk tidak memesongkan fakta2..dan lagi?? dan lagi?? hehee..

so kesimpulan kat sini, saya dah ada calonnya..tapi perlu berbincang dengan creator dulu..hehe..tapi sape2 yang berminat, boleh cuba nasib ye..sila hantar resume anda..wahh macam nak cari kerja lak yer..

sedikit pesanan untuk yang telah mendaftar sebagai blogger UniSZA:

  • sila2 la follow blog ni yer..yg daftarnya ramai, tpi yang follow ciput je..hehe

  • sila2 la listkan link blog ni dekat blog anda ye..

  • ajak la rakan2 blogger unisza join daftar sini..selain dapt tambahkan kenalan, dapat juga berkongsi idea dan pandangan..
  • anda yang dah daftar, boleh suggest pe2 berita menarik untuk dipost kan disini. tapi pastikan berita tu xmenyentuh mana2 sensitiviti perkauman, politik dan yang sewaktu denganya.

  • ada apa2 cdgn, boleh hantar ke blogger_UDM@yahoo.com..pandangan dan kritikan sangat2 dihargai..
wallahualam..




Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN)


KUALA TERENGGANU - Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN) pada 14 Disember 2010 di Bilik Persidangan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.

Roadshow MyREN ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Abdul Manaf Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Roadshow MyREN ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan dan kebaikan kemudahan rangkaian MyREN kepada para pensyarah khususnya dan kakitangan umumnya untuk setiap universiti.

Rangkaian MyREN merupakan satu inisiatif kemudahan rangkaian internet yang disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan kerjasama penyelidikan di antara komuniti penyelidik di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa bersama komuniti penyelidik di Asia Pasifik, Asia Selatan, Eropah dan juga Amerika Syarikat. Rangkaian MyREN ini juga dapat memberikan sokongan yang kuat kepada inisiatif penyelidikan di universiti-universiti awam dan swasta.

MyREN telah beroperasi selepas ia dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Air & Komunikasi, Menteri Sains Teknologi & Inovasi dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 28 Mac 2005.

Pada masa ini, MyREN sudah dipelopori oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Rangkaian MyREN kini meliputi tujuh belas institusi kajian akademik di seluruh Malaysia. MyREN juga mempunyai rangkaian dengan beberapa National Research & Education Network (REN) yang lain di luar negeri termasuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat.

Lima orang penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis (UPM), Prof. Madya Dr. Suhaidi Hassan (UUM), Dr. Abdul Rahim Ahmad (UniTEN), Wan Murdani Wan Mohamad (MDeC) dan Fadhly Hassim (Juniper Networks Malaysia) telah memberikan penerangan dan ucapan pada majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah PTM, Profesor Madya Dr. Mohd Nordin Abd Rahman.

nak tgok gmbr lain, klik sini

UniSZA Juara Tenpin Boling Masukit 2010


KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengekalkan takhta juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Masukit di Pusat Boling, KT Bowl Astaka, di sini.

UniSZA dinobatkan juara keseluruhan setelah berjaya mengungguli Kategori Berpasukan dan Kategori Individu Lelaki. Bagi kategori berpasukan UniSZA berjaya menundukkan pencabar terdekatnya iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan jatuhan pin 2,631 berbanding IKBN yang hanya berjaya melakukan jatuhan pin sebanyak 2,488.

Sementara itu, tempat ketiga berpasukan dimiliki pasukan Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 2,469.

Bagi Kategori Lelaki pula, peserta UniSZA, Tengku Adnan Tengku Hussin dinobatkan juara apabila berjaya melakukan jatuhan pin paling tinggi dengan jumlah 732 pin menundukkan pencabar terdekat, Aripin Yong dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 725. Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Sapri Mokhtar dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin sebanyak 722.

Manakala bagi Kategori Wanita peserta IKBN, Tengku Farizan Tuan Nordin mengungguli dengan jatuhan pin sebanyak 608 menewaskan peserta dari UniSZA, Nur Shuhada Mat Sani dengan jatuhan pin 527.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Politeknik Dungun, Pazlina Mat Ali dengan jatuhan pin 502.

sumber disini

Related Posts with Thumbnails