Sunday, July 3, 2011

KEPUTUSAN RASMI KARNIVAL SUKAN MASUM 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Sukan MASUM 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 hingga 30 Jun 2011 bertempat di UPM, Serdang. UniSZA tidak ketinggalan untuk menghantar kontinjen bagi menyertai karnival sukan tersebut dengan menyertai 12 daripada 19 acara yang dipertandingkan. Dalam masa yang sama, UniSZA turut menghantar penyertaan pada Kejohanan Liga Bola Jaring MASUM 2011 pada 19 hingga 25 Jun 2011 bertempat di UM, Kuala Lumpur dan Kejohanan Rowing-Kayak MASUM 2011 pada 22 - 26 Jun 2011 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. Berikut adalah keputusan yang telah dicapai oleh kontinjen UniSZA dalam kejohanan-kejohanan tersebut:

Karnival Sukan MASUM 2011
Memanah - 3 Emas, 4 Perak, 2 Gangsa
Karate Do - 5 Gangsa
Olahraga - 2 Gangsa

*Secara keseluruhannya, UniSZA berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-10 daripada 20 IPTA yang mengambil bahagian.

Kejohanan Liga Bola Jaring MASUM 2011
- Kedudukan ke-4 Liga Divisyen 2B

Kejohanan Rowing-Kayak MASUM 2011
Kayak - 2 Perak, 1 Gangsa

Pusat Sukan HEPA mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam memacu kecemerlangan UniSZA di persada sukan IPTA. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama UniSZA.

Sekian, wassalam....

sumber sini

Saturday, May 14, 2011

Laporan Mesyuarat MPP bersama Pengusaha-Pengusaha Cafe UniSZA

Isu/ Perkara :

1. MPP membangkitkan isu harga makanan yang tidak seragam dan juga waktu operasi

2. Semua pengusaha makanan menyatakan kos bahan mentah melambung naik terutama harga ayam. Harga barangan juga tidak tetap dan berubah setiap hari.

3. MPP membangkitkan terdapat perbezaan diantara kafe dalam kampus dan luar kampus walaupun mengambil lauk yang sama

4. Pengusaha kafe memaklumkan terdapat dua jenis sistem harga yang digunakan. Pertama adalah harga tetap dan kedua adalah harga berdasarkan kuantiti dan saiz makanan. Kebanyakan pengusaha di dalam menggunakan sistem harga tetap.

5. MPP menyatakan terdapat perbezaan kepekatan dan kuantiti air yang dibeli di dalam kampus dan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6. MPP memohon agar dilanjutkan masa operasi kafeteria tetapi gagal disebabkan beberapa faktor;
Tiada pelanggan selepas pukul 12.00 tengah malam
Pelajar yang tinggal di kafeteria kebanyakannya adalah pasangan kekasih
Waktu kerja bagi pekerja hanya sehingga 12.00 tengah malam.
Kerja pembersihan mengambil waktu lama dan perlu dilakukan dengan sempurna.

7. Pengusaha kafe menyatakan pelajar suka menempah makanan pada akhir operasi dan ini menyusahkan pengusaha.

8. MPP menyatakan terdapat kafeteria yang mengenakan bayaran walaupun hanya kuah kosong sahaja.

9. MPP memohon agar kafeteria menjaga kebersihan den dibuka pada waktu cuti kerana pelajar jurusan perubatan dan sain kesihatan menjalani praktikal dan kelas pada waktu itu.

10. Pengusaha kafe menyatakan terdapat isu “MENCURI” di kalangan pelajar ketika membeli makanan tengahari terutama “PELAJAR PEREMPUAN”


Cadangan/ Tindakan :

-Pengusaha kafe menyatakan perbezaan harga disebabkan faktor pekerja, sewa kedai, kualiti bahan mentah dan sebagainya.

-Pengusaha kafe memaklumkan terdapat perbezaan bahan mentah bagi air milo iaitu serbuk milo ataupun serbuk koko. Faktor ini yang membawa kepada perbezaan kepekatan dan rasa air milo.

-Pengusaha memaklumkan bahawa terdapat pelajar yang hanya membungkus kuah dan mengakibatkan lebihan lauk. Situasi ini menyebabkan kerugian pada pihak pengusaha.

-Rapat Umum Pengusaha Kafe dan Siswa/i akan diadakan.

diambil dari facebook MPP UniSZA 10/11
pelajar unisza, sila like page ini..info2 dan update semasa hal2 bkaitan masalah dan pemberitahuan berkaitan aktiviti di unisza dapat diketahui secara langsung.. terima kasih barisan kepimpinan baru.. CEPAT, PANTAS, BERHEMAH.. kekalkan momentum ini..

Monday, March 21, 2011

tahniah untuk pensyarah FKI !


KUALA TERENGGANU – Ketua Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Kamarul Shukri Mat Teh berjaya mengharumkan nama universiti apabila memenangi Anugerah Penghargaan Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin 2010.

Dr. Kamarul Shukri - Penerima Anugerah Penghargaan Tesis Terbaik YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin 2010


Tesis bertajuk `Penggunaan Stategik Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama’ sebelum ini pernah meraih Anugerah Tesis Cemerlang Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Julai 2009.

Majlis yang diadakan pada 21 Februari 2011 bertempat di Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur adalah anjuran Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Dr. Kamarul yang ditemui baru-baru ini, tesis yang mengkaji salah satu domain metafizik yang berkaitan dengan budaya dan agama islam, kini telah digunapakai oleh seorang pelajar peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang pelajar peringkat Doktor Falsafah dari Jepun.

``Idea untuk mengkaji domain ini adalah hasil cetusan daripada penyelia saya iaitu Profesor Mohd Amin dan mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya,’’ kata beliau.

Selain itu, kajian ini juga telah diterbitkan dalam Jurnal Language of Studies 2009 iaitu satu jurnal khas untuk metafizik.


Wednesday, February 23, 2011

keputusan pilihanraya kampus UniSZA 10/11

Kawasan Umum

1) M. Marzuki b Zainal Adlan; 2166 undi

2) Mohamad Saiful Islam bin Abdul Razak; 1690 undi

3) Muhammad Redzuan b Zaaba; 881 undi

4) Nik Zawawi b Ismail; 2178 undi

5) M Izzudin b M Rosli; 1568 undi

6) Siti Hajar bte Borhan; 2005 undi

7) Nur Raihanah bte M Rozaili; 2197 undi

8) Muhammad Isa bin Mohamed Yusof; 2228 undi

Kawasan fakulti

FUHA;

1) Sri Mogana a/p Gopal; 78 undi

2) Dayana bte Cacho; 97 undi

3) M Fikri b Ariff; 99 undi

3P;

1) Nurfashaliana bte Abd Halim; 351 undi

2) Rozana bte Che Pa; 435 undi

3) Nor Azimah bt Mohd Ikhsan; 233 undi

4) Ahmad b Roslan; 357 undi

Peratusan keluar mengundi

FKI; 1241 orang (59.0%)

FPPP; 808 orang (63.1%)

FBK; 157 orang (53.8%)

FRIT; 160 orang (84.2%)

FIT; 172 orang (64.4%)

FUHA; 156 orang (72.6%)

FPSK; 225 orang (57.0%)

FPB; 195 orang (82.6%)

FTM; 90 orang (60.4%)

Peratusan keseluruhan; 3204 orang (62.5%). Peratusan ini menunjukkan peningkatan daripada pilihanraya kampus tahun lepas.

Jumlah kesuluruhan undi rosak; 179

sumber disini

Monday, January 31, 2011

Amanat 2011 Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Kandungan Amanat Menteri Pengajian Tinggi:

a) Rejuvenasi Budaya Akademia Sebenar
b) Universiti dan Kesejagatan
c) Pembudayaan Berterusan dan Memartabatkan Kualiti
d) Mengupayakan Penyelidikan dan Inovasi
e) Memimpin Pengantarabangsaan
f ) Memperkasa Kualiti dan Potensi Pelajar
g) Menangani Perubahan Ekosistem Pengajian Tinggi
h) Keseimbangan ke Arah Kesempurnaan Negara Bangsa


Amanat lengkap, sila layari laman Unit Komunikasi Korporat, UniSZA

Bengkel ISO 17025:2005


kuala Terengganu – Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA dibawah Pusat Pengembangan dan Khidmat Komuniti (PPKK) telah menganjurkan Bengkel ISO 17025:2005 bertempat di Permai Inn Hotel pada 28 hingga 29 Disember 2010,

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ISO 17025:2005 yang lebih berkesan.

Bengkel selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dr. Abdul Manaf Ali yang juga merupakan Penyelaras Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA.

Bengkel diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir 5.00 petang. Slot bengkel diisi dengan sesi ceramah, perbincangan dan latihan dalam kumpulan serta perbincangan dua hala antara konsultan dan peserta. Sesi ceramah disampaikan oleh konsultan yang dijemput iaitu Michelle Bernadette Nunis dari QTox Consulting.

Seramai 28 orang peserta terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Dietetik dari Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Fakulti Teknologi Makanan (FTM) dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK).

Menerusi bengkel ini, para peserta lebih memahami keperluan standad ISO 17025:2005 yang akan diterapkan di makmal terutamanya di bawah Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UniSZA iaitu Makmal Halal dan Makmal Herba dibawah kelolalaan Pusat Halal Wilayah dan Pusat Penyelidikan Herba dan Bioteknologi.

Akreditasi makmal adalah penting bagi UniSZA untuk mendapat pengiktirafan kepada keputusan analisa sampel yang di hantar ke makmal-makmal adalah mengikut piawaian yang ditentukan.

Sumber Berita PUSAT KECEMERLANGAN ECER-KPT-UniSZA

Gambar UNIT INOVASI & MULTIMEDIA PTM

sumber di sini

Sunday, January 2, 2011

bicara sejenak dari admin blogger unisza-generasi kedua

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
salam sejahtera salam keamanan untuk semua..


alhamdulillah 2010 sudah melabuhkan tirainya dan 2011 menjelma sudah..apa azam dan tekad tahun baru anda?? apa2 yang dihajatkan, moga2 dipermudahkan jalan olehNya dan jangan lupa untuk bersyukur atas setiap rahmat dan kurniaNya..

'Ssghny org2 y b'iman, dan org2 y bhijrah dan bjihad d jln Allah, mrka itulh y mhrpkn rhmt Allah, dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang'..

blogger UniSZA sudah menjangkau usia 3tahun rupanya..sedar xsedar masa berlalu begitu cepat..untuk makluman semua, blog ini sebenarnya dicipta oleh sdari Mashitah, yang sekarang ini menyambung pelajaran di Jordan pertengahan tahun 2010. disebabkan beliau sudah meninggalkan UniSZA, dan sudah tentu beliau sangat sibuk dengan perkara2 lain, maka blog pelajar UniSZA ini dipindahkan kepada saya untuk menguruskan.

sebagaimana yang telah dinyatakan awal2 dulu, Blogger UniSZA tidak mewakili UniSZA sebaliknya sebagai medium perantara untuk sama-sama berkongsi hal-hal UniSZA. Pihak kami tidak pernah menerima sebarang bayaran dari mana-mana pihak untuk menubuhkan blog ini . selanjutnya boleh baca disini.

masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikna blog ini lebih menarik dan bermaklumat. sedar dengan kelemahan2 yang ada, namun maafkan saya kerana masih belum berkesempatan untuk mengupdate dan menaiktaraf blog ini. kekangan dari segi ilmu blog dam masa antara puncanya. InsyaAllah ia akan diperbaiki dari sdikit2.

kini saya meniti hari2 terakhir di UniSZA tercinta ini. seorang pensyarah, (usahawan sebenarnya kerana beliau mengajar subjek keusahawanan) pernah menyifatkan UniSZA sebagai masjid kerana ketenangan yang diperolehinya tiap kali datang ke sini..wahh agak bangga juga ya..berbalik kepada point asal, sebagai siswi tahun akhir, saya akan tinggalkan unisza ini dalm beberapa bulan lagi..(waa sedih2..huhu) jadi siapa yang akan menghandlekan blog ini? saya perlukan seorang yang kreatif, (sebab blog ni muram je tanpa pembaharuan kan), seorang yang ikhlas coz tiada bayaran akan diterima sebab ni hanyalah blog suka2, tapi kalau pandai, boleh buat duit sebenarnya).sedikit info, pengunjung blog ni boleh mencecah 1000 orang dlm masa 2bulan (sikit k banyak tu?) dan lagi saya perlukan seorang yang boleh dipercayai untuk tidak memesongkan fakta2..dan lagi?? dan lagi?? hehee..

so kesimpulan kat sini, saya dah ada calonnya..tapi perlu berbincang dengan creator dulu..hehe..tapi sape2 yang berminat, boleh cuba nasib ye..sila hantar resume anda..wahh macam nak cari kerja lak yer..

sedikit pesanan untuk yang telah mendaftar sebagai blogger UniSZA:

  • sila2 la follow blog ni yer..yg daftarnya ramai, tpi yang follow ciput je..hehe

  • sila2 la listkan link blog ni dekat blog anda ye..

  • ajak la rakan2 blogger unisza join daftar sini..selain dapt tambahkan kenalan, dapat juga berkongsi idea dan pandangan..
  • anda yang dah daftar, boleh suggest pe2 berita menarik untuk dipost kan disini. tapi pastikan berita tu xmenyentuh mana2 sensitiviti perkauman, politik dan yang sewaktu denganya.

  • ada apa2 cdgn, boleh hantar ke blogger_UDM@yahoo.com..pandangan dan kritikan sangat2 dihargai..
wallahualam..




Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN)


KUALA TERENGGANU - Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Roadshow Malaysian Research and Education Network (MyREN) pada 14 Disember 2010 di Bilik Persidangan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak.

Roadshow MyREN ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Abdul Manaf Ali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Roadshow MyREN ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan dan kebaikan kemudahan rangkaian MyREN kepada para pensyarah khususnya dan kakitangan umumnya untuk setiap universiti.

Rangkaian MyREN merupakan satu inisiatif kemudahan rangkaian internet yang disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan kerjasama penyelidikan di antara komuniti penyelidik di dalam Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa bersama komuniti penyelidik di Asia Pasifik, Asia Selatan, Eropah dan juga Amerika Syarikat. Rangkaian MyREN ini juga dapat memberikan sokongan yang kuat kepada inisiatif penyelidikan di universiti-universiti awam dan swasta.

MyREN telah beroperasi selepas ia dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Air & Komunikasi, Menteri Sains Teknologi & Inovasi dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 28 Mac 2005.

Pada masa ini, MyREN sudah dipelopori oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Rangkaian MyREN kini meliputi tujuh belas institusi kajian akademik di seluruh Malaysia. MyREN juga mempunyai rangkaian dengan beberapa National Research & Education Network (REN) yang lain di luar negeri termasuk Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat.

Lima orang penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Suhaimi Napis (UPM), Prof. Madya Dr. Suhaidi Hassan (UUM), Dr. Abdul Rahim Ahmad (UniTEN), Wan Murdani Wan Mohamad (MDeC) dan Fadhly Hassim (Juniper Networks Malaysia) telah memberikan penerangan dan ucapan pada majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah PTM, Profesor Madya Dr. Mohd Nordin Abd Rahman.

nak tgok gmbr lain, klik sini

UniSZA Juara Tenpin Boling Masukit 2010


KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengekalkan takhta juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Masukit di Pusat Boling, KT Bowl Astaka, di sini.

UniSZA dinobatkan juara keseluruhan setelah berjaya mengungguli Kategori Berpasukan dan Kategori Individu Lelaki. Bagi kategori berpasukan UniSZA berjaya menundukkan pencabar terdekatnya iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan jatuhan pin 2,631 berbanding IKBN yang hanya berjaya melakukan jatuhan pin sebanyak 2,488.

Sementara itu, tempat ketiga berpasukan dimiliki pasukan Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 2,469.

Bagi Kategori Lelaki pula, peserta UniSZA, Tengku Adnan Tengku Hussin dinobatkan juara apabila berjaya melakukan jatuhan pin paling tinggi dengan jumlah 732 pin menundukkan pencabar terdekat, Aripin Yong dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin 725. Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Sapri Mokhtar dari Politeknik Kuala Terengganu dengan jatuhan pin sebanyak 722.

Manakala bagi Kategori Wanita peserta IKBN, Tengku Farizan Tuan Nordin mengungguli dengan jatuhan pin sebanyak 608 menewaskan peserta dari UniSZA, Nur Shuhada Mat Sani dengan jatuhan pin 527.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Politeknik Dungun, Pazlina Mat Ali dengan jatuhan pin 502.

sumber disini

Related Posts with Thumbnails