Written by Kaswadi Yusoff |
Thursday, 04 February 2010 10:24 |
SETIU, Terengganu - Bertempat di Pusat Kokurikulum Merang, seramai 40 orang pelajar program Diploma Teknologi Pembuatan & Reka Bentuk Perindustrian telah dipilih mengikuti Bengkel Cemerlang di Universiti yang dianjurkan oleh Persatuan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi & Kelab Teknologi Pembuatan, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi , Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Bengkel ini telah dijalankan pada 28 hingga 30 Januari 2010. Pelbagai aktiviti diadakan dengan bantuan beberapa orang fasilitator yang dilantik oleh pihak fakulti. En. Zawawi Yusof dan Cik Fatimah Ghazali diundang khas untuk membantu dalam mengendalikan aktiviti- aktiviti tertentu. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah merancang kejayaan melalui kekuatan yang ada pada diri sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan membimbing pelajar kaedah pembelajaran lebih berkesan dan memiliki kemahiran untuk menonjolkan kehebatan diri di tempat belajar. Di samping itu juga, bengkel ini dapat meningkatkan produktiviti para pelajar dan prestasi fakulti selain mengeratkan silaturrahim di kalangan mahasiswa dan pensyarah. Hadiah dan hamper disampaikan oleh Timbalan Dekan yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Cemerlang di Universiti ini dan majlis diakhiri dengan penyampaian amanat penting oleh Timbalan Dekan kepada pelajar . Sumber Berita & Gambar MOHD SEBRI BILAL ENDUT FRIT |
Monday, February 15, 2010
Bengkel Cemerlang di Universiti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jordan sneakers
yeezy 350 v2
canada goose outlet
moncler jacket
off white shoes
moncler jackets
nike lebron 16
yeezy shoes
jordan shoes
curry 8 shoes
cheap designer bags replica k95 q7e60a9q22 replica designer bags wholesale a69 q1d19k7z99 best replica designer bags f35 y0r44v0n80
Post a Comment