Written by Kaswadi Yusoff |
Thursday, 25 February 2010 11:33 |
KUALA TERENGGANU – Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah mengadakan sesi `Brainstorming Pengurusan Penyelidikan’ pada 17 Februari 2010.
Program yang dijalankan di Primula Beach Hotel itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu penyelidikan khususnya peranan dan tanggungjawab jawatankuasa penyelidikan di peringkat fakulti.
Pengisian program itu dimulakan dengan ceramah bertajuk `Memperkasakan Penyelidikan & Inovasi di UDM” yang disampaikan oleh Dato’ Prof. Dr. Alias Daud diikuti oleh Dr. Mohamed Senawi Mohamed Tamin yang membincangkan mengenai `Pengurusan Penyelidikan UDM’.
Sementara itu Hajjah Shakimah Endut telah membincangkan isu berkaitan dengan `Pengurusan Kewangan Penyelidikan’.
Program tersebut diakhiri dengan perbincangan bertajuk `Pusat Kecemerlangan : Konsep & Peranan’ yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.
Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan dan juga Ketua-ketua Jabatan
Sumber Berita & Gambar : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI