Sunday, March 7, 2010

Lawatan Pengerusi LPU Sempena Lawatan Ke Kampus2 UDM



KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Dato’ Zolkipli Abdul telah mengadakan lawatan kerja kali pertama ke kampus-kampus UDM pada 27 Februari hingga 1 Mac 2010.

Ketibaan Dato’ Zolkipli yang dilantik pada 16 Januari 2010 menggantikan Dato’ Azlan Hashim pada petang 27 Februari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu telah disambut oleh Naib Canselor (NC), Dato’ Prof. Dr. Alias Daud dan pegawai UDM.

Pada sebelah malam, diadakan satu sesi pembentangan kepada Pengerusi LPU oleh pegawai tertinggi UDM yang dipengerusikan oleh NC bertempat di Bilik Mesyuarat Khas, Villa Danialla Resort, Tok Bali.

Pembentangan dimulakan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Afandi Muhamad diikuti oleh TNC Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali.

Turut terlibat semasa pembentangan ini ialah Pendaftar UDM, Nurul Huda Muda, Bendahari UDM, Baharin Salim, Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Nordin Jusoh dan Pemangku Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Dr. Mohd Nordin Abd Rahman.

Selepas itu, sesi pembentangan diteruskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan (JPP), Abdul Hadi Ahmad dan diakhiri oleh Pengarah Keselamatan, Rosli Mahadi.

Pada hari kedua, Pengerusi LPU diiringi oleh NC dan pegawai tertinggi UDM telah dibawa ke UDM Kampus Besut untuk melihat perkembangan terkini pembangunan di kawasan tersebut.

Seterusnya rombongan ke Kem Kokurikulum dan Balai Cerap di Merang sebelum bertolak ke Kampus Kota.

Pada malam tersebut, diadakan majlis makan malam yang dihadiri oleh Pengerusi LPU, Pengurusan Tertinggi, Ketua Pusat Tanggungjawab dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel.

Pada hari ketiga, Pengerusi LPU diberikan taklimat mengenai fakulti-fakulti yang berada di Kampus Kota di Bilik Mesyuarat LPU sebelum beliau ke Imperial House.

Beliau dan rombongan seterusnya ke Kampus KUSZA dan mendengar taklimat di Bilik Persidangan. Beliau juga meluangkan masa melawat ke beberapa tempat di sekitar kawasan kampus.

Diharapkan dengan kehadiran Pengerusi LPU yang baru ini, UDM akan terus memacu kejayaan yang lebih gemilang.

Berita&Gambar KASWADI YUSOFF UKK

Related Posts with Thumbnails